Rabu, 20 Julai 2011

Wadah Penulis Blog Cikgu Ieqa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi akhirnya dapat juga saya menyiapkan bingkisan blog kerdil ini bagi memartabatkan bahasa di mata bangsa dan dunia seluruhnya.Sesungguhnya blog ini merupakan platform saya yang kedua selain blog pertama saya (link) dalam menterjemahkan idea dan perkongsian ilmiah khususnya dalam bidang pengajian Melayu.


Untuk makluman sidang pembaca blog yang saya hormati sekalian, blog ini merupakan kesinambungan  bagi tugasan BMM 3105:Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer, dimana saya dan rakan-rakan ditugaskan menghasilkan tapak sesawang bagi kursus Bahasa Melayu, dalam apa jua bidang berkaitan ilmu Bahasa Melayu, sama ada dari segi bidang sejarah bahasa, morfologi, sintaksis, semantik dan seumpamanya. Justeru, sebagai seorang bakal guru Bahasa Melayu, insyaAllah saya akan cuba mengumpul dan mengkaji seberapa banyak ilmu ini untuk dikongsikan bersama pembaca dalam medan 'Blog Cikgu Ieqa' ini. Selain itu, saya juga akan menyelitkan apa jua ilmu yang saya pelajari sepanjang proses pembelajaran saya di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail ini, insyaAllah.


Oleh yang demikian, saya amat berharap agar sahabat-sahabat yang mengunjung ke blog ini dapat memberi sokongan dalam penghasilan blog ini. Saya juga berharap agar blog ini dapat memberi manfaat kepada semua, sekaligus memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia sekaligus di mata dunia, InsyaAllah. Apa jua saranan, pembetulan, penambah baikan, pendapat mahupun persoalan, bolehlah dinyatakan di ruangan komentar, atau di 'facebook'. Apa yang baik, datangnya daripada rahmat Illahi, dan yang sebaliknya berpunca daripada kelemahan saya sendiri. Mudah-mudahan blog ini dapat dijadikan rujukan bersama.


Sekian, wassalam.


Yang Benar,

Cikgu Ieqa, 
Unit Pengajian Melayu Semester 4 2011,
IPG Kampus Dato' Razali Ismail,
Kuala Terengganu, Terengganu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan