Rabu, 20 Julai 2011

Buku Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian


Kebanyakan guru-guru pelatih tidak sedia maklum sepenuhnya mengenai kandungan kursus yang perlu mereka ikuti sepanjang 5 tahun setengah proses pembelajaran mereka di IPG. Oleh hal yang demikian, saya ingin kongsikan apa yang telah saya peroleh melalui carian google mengenai Buku Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, yang saya kira semua bakal guru perlu cakna mengenainya. Oleh sebab itu, saya berharap agar rakan-rakan bakal cikgu sekalian boleh merujuk pautan di bawah untuk makluman mengenai kursus yang anda pelajari sepanjang di IPG.


Buku Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan : ( Link )



Kursus BMM 3101 dan Proforma BMM 3101

Wadah Penulis: (link)

Kursus BMM 3101 ini merupakan kursus wajib bagi guru pelatih major dan minor Bahasa Melayu. Kursus ini merangkumi aspek falsafah, objektif, dan organisasi kandungan, kemahiran-kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis), konsep '5P', pengisian kurikulum, kemahiran bernilai tambah dan sistem bahasa.


Berikut adalah pautan proforma bagi kursus ini: ( link )



Sumber: http://jpmipgmtaa.webs.com/sukatanpelajaran.htm




Wadah Penulis Blog Cikgu Ieqa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi akhirnya dapat juga saya menyiapkan bingkisan blog kerdil ini bagi memartabatkan bahasa di mata bangsa dan dunia seluruhnya.Sesungguhnya blog ini merupakan platform saya yang kedua selain blog pertama saya (link) dalam menterjemahkan idea dan perkongsian ilmiah khususnya dalam bidang pengajian Melayu.


Untuk makluman sidang pembaca blog yang saya hormati sekalian, blog ini merupakan kesinambungan  bagi tugasan BMM 3105:Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer, dimana saya dan rakan-rakan ditugaskan menghasilkan tapak sesawang bagi kursus Bahasa Melayu, dalam apa jua bidang berkaitan ilmu Bahasa Melayu, sama ada dari segi bidang sejarah bahasa, morfologi, sintaksis, semantik dan seumpamanya. Justeru, sebagai seorang bakal guru Bahasa Melayu, insyaAllah saya akan cuba mengumpul dan mengkaji seberapa banyak ilmu ini untuk dikongsikan bersama pembaca dalam medan 'Blog Cikgu Ieqa' ini. Selain itu, saya juga akan menyelitkan apa jua ilmu yang saya pelajari sepanjang proses pembelajaran saya di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail ini, insyaAllah.


Oleh yang demikian, saya amat berharap agar sahabat-sahabat yang mengunjung ke blog ini dapat memberi sokongan dalam penghasilan blog ini. Saya juga berharap agar blog ini dapat memberi manfaat kepada semua, sekaligus memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia sekaligus di mata dunia, InsyaAllah. Apa jua saranan, pembetulan, penambah baikan, pendapat mahupun persoalan, bolehlah dinyatakan di ruangan komentar, atau di 'facebook'. Apa yang baik, datangnya daripada rahmat Illahi, dan yang sebaliknya berpunca daripada kelemahan saya sendiri. Mudah-mudahan blog ini dapat dijadikan rujukan bersama.


Sekian, wassalam.


Yang Benar,

Cikgu Ieqa, 
Unit Pengajian Melayu Semester 4 2011,
IPG Kampus Dato' Razali Ismail,
Kuala Terengganu, Terengganu.